Sekolah Kebangsaan Behor Empiang mula dibina pada tahun 1999 dan siap sepenuhnya pada tahun 2001 dengan kos melebihi RM 7 juta. SKBE dibina di kawasan seluas 9 ekar dan telah dibangunkan kira-kira 6 ekar. Ia dibina mengikut konsep “design dan build” oleh sebuat konsultant yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sekolah
ini dinamakan sempena nama sebatang pokok iaitu “pokok empiang” yang
pada masa dahulu terdapat di persekitaran kampung Behor Empiang yang
sekaligus juga menjadi mercu nama kampung dan sekolah ini.
Persekolahan
pertama bermula dan dibuka pada awal tahun 2002 dengan bilangan murid
seramai 230 orang dan 16 orang tenaga pengajar yang menjadi rintis
kegemilangan sekolah ini. Terdapat sebanyak 24 buah bilik yang mampu
menampung seramai 600 hingga 1000 orang pelajar. Namun begitu kerana
terdapat beberapa sekolah yang berhampiran seperti Sekolah Rendah Islam 1
dan SK Putra menjadikan bilangan pelajar sekolah ini tidak seperti
yang diharapkan. Sehingga 2021, jumlah pelajar dari Pra sekolah hingga
tahun enam adalah seramai 405 orang murid.
Latar belakang murid terdiri daripada pelbagai demografi dan sosio ekonomi. Ibu bapa yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, golongan profesional, pekerja swasta, pekerja persendirian dan petani yang tinggal di persekitaran atau yang berhampiran. Kini sekolah ini telah mencapai usia 19 tahun sejak ia dibina. Banyak kejayaan yang telah dicapai sama ada dalam bidang akademik, ko akademik, dan kokurikulum.
Sekolah telah diterajui oleh beberapa Guru Besar iaitu :
1. En. Azmi bin Musa 16 Dis 2001 – 15 Mac 2006
2. En. Roslan bin Abdul Rahim 16 Mac 2006 – 15 Dis 2007
3. Pn. Hjh Noriyah bt Abdul Rahman 16 Dis 2007 – 1 Nov 2008
4. En. Mohamad Shabri bin Ghazali 1 Dis 2012 – 21 Ogos 2016
5. Pn. Akmal bt Mat Rata 1 Okt 2016 – 1 Mei 2018
6. En. Mohd Shariff bin Zakaria 2 Mei 2018 hingga kini
No comments:
Post a Comment